Wednesday, November 20, 2013

Ramai Orang Puji Emak Adam Pandai Memasak Tapi Anak Dia Apa Kurangnya ....



Tajuk panjang gila tapi sebenarnya nak cerita tentang Pertandingan Cabaran Dapur Cilik Halfest yang diadakan sempena Ekspo Halal Terbesar di Malaysia yang berlangsung di The Mines, Seri Kembangan. 






Pertandingan memasak ini melibatkan penyertaan dari kalangan kanak-kanak berumur 9-12 tahun sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mencari chef muda yang berbakat besar. Setiap pasukan yang terdiri dari dua orang murid dan seorang guru akan diberi menu untuk disediakan.







Peserta hanya dibenarkan menggunakan bahan serta produk yang disahkan Halal sepanjang pertandingan ini dan akan diadili oleh panel juri seperti Jaafar Onn dan rakan strategik HALFEST. 






Anak aku Haikal mengambil bahagian di dalam pertandingan ini bagi mewakili sekolahnya. Kesemuanya ada 24 pasukan yang bersaingan sejak hari Rabu lepas. Disebabkan ada 24 kumpulan, 12 pasukan bersaing pada hari Rabu dan 12 lagi termasuk Haikal pada hari Khamis. Tema masukan untuk pusingan saringan adalah nasi goreng ayam nenas. Ala-ala masakan Thai gitu.






ramai orang puji emak adam pandai memasak tapi anak dia apa kurangnya 1



Khamis tu dia balik bawa hamper Adabi ni berserta topi chef dan apron. Dia dan kawannya berjaya memasuki pusingan suku akhir.



Pada Jumaat sekali lagi kumpulan Haikal dan kawannya berjaya melangkah ke suku akhir di mana 12 pasukan terbaik akan berentap. Tema masakan pada hari tersebut ialah spaghetti bolognes dan cucur. Ini dah Italian pulak.






Pada pagi Sabtu aku menghantarnya ke sekolah sebelum gurunya membawa dia dan kawannya ke The Mines untuk pertandingan separuh akhir. Dengan masakan sambal ayam serai, lempeng jagung dan chicken omelette kumpulan Haikal muncul kumpulan terbaik dan berjaya melangkah ke pusingan akhir dgn bergaya.






Pagi tadi aku sekali lagi menghantar Haikal ke sekolah sebelum gurunya membawa dia dan rakannya ke The Mines. Aku, emak Adam dan Adam telah singgah di tapak Ekspo pagi tadi w/pun kami ada dua jemputan kahwin. Semasa kami sampai, pertandingan sedang berjalan. Ini gambar yang sempat aku rakamkan.



ramai orang puji emak adam pandai memasak tapi anak dia apa kurangnya 2



Haikal (kanan) bersama rakannya berbincang sesuatu sambil tangan Haikal mengacau masakan






ramai orang puji emak adam pandai memasak tapi anak dia apa kurangnya 3



Tiga kumpulan yg berentap di pusingan akhir terdiri dari wakil dari Sekolah Setiawangsa (belakang kanan),  Sek La Salle Sentul (depan) dan Sek TTDI (belakang kiri)






ramai orang puji emak adam pandai memasak tapi anak dia apa kurangnya 4



Hidangan hari ini: ayam masam manis, sayur campur dan bubur jagung. Bersedia untuk para juri merasa dan memberi markah



ramai orang puji emak adam pandai memasak tapi anak dia apa kurangnya 5



Menunggu dengan debaran sambil ditemani oleh guru mereka. Pada masa ini pemenang ketiga telah diumumkan. Jadi, samada dapat menjadi juara atau naib johan. Adam sibuk dengan belon hijau dia 



ramai orang puji emak adam pandai memasak tapi anak dia apa kurangnya 6



Penantian satu penyeksaan. Cepatlah Uncle Jaafar Onn umumkan keputusan tu. Mungkin itulah yang cuba dikatakan oleh 4 orang murid dan 2 orang guru mereka ini. Semuanya peserta lelaki. 


Pasukan perempuan sekadar mendapat tempat ketiga






ramai orang puji emak adam pandai memasak tapi anak dia apa kurangnya 7


Tuah nampaknya memihak kepada pasukan dari Sekolah La Salle Sentul (2). Haikal dan rakannya menjadi naib juara.

Hadiah bagi tempat kedua adalah:


  1. 1x Percutian 3 Hari/2 Malam di Hotel Palace of Golden Horses

  2. 1x Hamper

  3. 1x Barangan elektrik

  4. 1x Goodie Bag

  5. 1x Wang Tunai RM1,000







Haikal dan rakannya mendapat RM300/orang manakala cikgu mendapat RM200. Sekolah juga mendapat RM200. Barangan elektrik dari Akojaya adalah untuk sekolah. Aku tolong angkat ke kereta pun terasa beratnya. Tak pasal-pasal pihak sekolah yang dapat barangan tersebut.






Apapun tahniah kepada Haikal kerana berjaya menjadi naib juara pertandingan ini. Kalau emak sibuk dengan kerja rumah lain bolehlah Haikal pula yang memasak di dapur selepas ini .....


No comments:

Post a Comment